Daftar Lewat & Claim Yuran


LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR
  1. Lapor diri pelajar senior hendaklah diadakan selewat-lewatnya pada MINGGU PERTAMA sesi pengajian bermula.
  2. Pendaftaran kursus hanya boleh dilakukan selepas proses lapor diri selesai.
  3. Pelajar senior yang lapor diri selepas tarikh yang ditetapkan perlu mendapat kebenaran Ketua Jabatan Akademik terlebih dahulu 


YURAN DAN BAYARAN PELBAGAI
  1. Pelajar yang tidak membuat bayaran TIDAK LAYAK menghadiri semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  2. Pelajar yang tangguh pengajian selepas mendaftar/ melapor diri TIDAK BOLEH menuntut yuran pengajian.
  3. Pelajar yang diluluskan penangguhan pengajian selepas mendaftar/ melapor diri TIDAK BOLEH dikecualikan daripada membuat bayaran yuran pengajian pada sesi berikutnya.

TATACARA PERMOHONAN TUNTUTAN BALIK YURAN PENGAJIAN


   1. Pelajar mengemukakan surat permohonan tuntutan berserta dokumen- 
       dokumen berikut:

             a) Salinan MyKad yang disahkan
             b) Salinan hadapan Buku Bank/ maklumat akauan bank pemohon yang
                 disahkan
             c) Slip bayaran BIMB yang asal


   2. Seterusnya dokumen tersebut dihantar kepada Unit Kewangan Politeknik