Claim Yuran


 Pelajar yang tangguh pengajian selepas mendaftar/ melapor diri TIDAK BOLEH menuntut yuran pengajian.

Pelajar yang diluluskan penangguhan pengajian selepas mendaftar/ melapor diri TIDAK BOLEH dikecualikan daripada membuat bayaran yuran pengajian pada sesi berikutnya.

Pelajar yang berhenti pengajian dalam masa sebulan selepas mendaftar/ melapor diri DIBENARKAN menuntut yuran pengajian.

Pelajar senior yang tidak layak melapor diri (pelajar GB) tetapi telah membuat bayaran yuran pengajian BOLEH membuat tuntutan kepada Unit Kewangan politeknik bersama-sama dokumen berkaitan.

Calon yang tidak mendaftar sebagai pelajar baharu tetapi telah membuat bayaran yuran pengajian BOLEH membuat tuntutan kepada Unit Kewangan politeknik bersama-sama dokumen berkaitan.

Calon/ pelajar yang bertukar tempat pengajian (politeknik) BOLEH menggunakan yuran pengajian sesi semasa daripada politeknik asal.

Pelajar mengemukakan surat permohonan tuntutan (Lampiran L45) berserta dokumen-dokumen berikut:
  1. Surat Tuntutan
  2. Salinan MyKad yang disahkan
  3. Salinan hadapan Buku Bank/ maklumat akauan bank pemohon yang disahkan.
  4. Slip bayaran BIMB yang asal
Seterusnya dokumen tersebut dihantar kepada Unit Kewangan Politeknik Hulu Terengganu.

 L45